Eskayvie Sdn Bhd ditubuhkan 19 Mei 2009, sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan kecantikan untuk luaran dan dalaman yang mempunyai status HALAL & GMP.
MISI:
- Konsisten dalam mengaplikasikan sumber semulajadi melalui kaedah R&D terkini bagi menghasilkan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi dan berdaya saing.
- Berusaha untuk terus memperbaiki dan mencapai tahap kualiti tertinggi dalam keseluruhan aspek perniagaan dan keusahawanan.
- Memberi komitmen dan dedikasi sepenuhnya bagi menyediakan khidmat dan sokongan terbaik dari segala aspek untuk memenuhi citarasa dan keperluan pelanggan agar Eskayvie menjadi pilihan utama bagi meningkatkan kualiti kehidupan.
- Memupuk budaya peningkatan kemahiran diri dalam persekitaran yang kondusif bagi warga kerja Eskayvie untuk menjadi lebih produktif dan komited bagi mencapai misi kecemerlangan dan kejayaan yang bertaraf dunia.
VISI :
Membudayakan inovasi untuk menjadi peneraju global di dalam
bidang kesihatan dan kecantikan berlandaskan bio-teknologi, kajian dan
penyelidikan bagi meningkatkan dan memperkayakan kualiti kehidupan yang
lebih cemerlang dan merialisasikan tanggungjawab sosial sejagat.
TERAS PEGANGAN KAMI
INSAN
Kami insan berwawasan yang berdisiplin,
bermentaliti pemilik serta mempunyai kesetiaan
tidak berbelah bahagi kepada syarikat.
INTEGRITI
Kami berpegang kepada sifat jujur dan amanah serta
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kata dan tindakan kami.
INOVATIF
Kami berfikiran positif dan bertindak secara proaktif,
kreatif dan inovatif untuk memacu kecemerlangan diri
dan syarikat yang berkekalan
KOMITMEN
Kami gigih berusaha sepenuh jiwa dengan tabah
untuk sentiasa mengembangkan potensi diri,
perniagaan kami dan prestasi syarikat
KERJASAMA
Kami mewujudkan peluang dan kejayaan untuk dikongsi
bersama dalam suasana saling sokong menyokong,
menghormati dan bertoleransi sebagai satu pasukan
No comments:
Post a Comment